Saturday, January 12, 2013

AYAHKU KAWIN LAIN???


Jejaknya kakiku di pintu terdengar suara orang menangis...
Aku mencari puncanya...
Terlihat, satu tubuh di sofa...permulaannya, aku takut menegur...perlahan-lahan aku duduk di sebelahnya, lantas memberanikan diri bertanya...
“Mak, kenapa ni?”
“Kau tanyalah ayah kau.” Air mata berlinanggan sejurus  menjawab pertanyaanku...
Tersedu-sedu menahan kesedihan dan penderitaan yang tidak pernah jemu datang...
“Kenapa ni, ayah? Kenapa mak menangis?” Aku terus bertanya pada satu tubuh yang kaku berdiri di suatu sudut yang lain.
Ayah hanya membisu seribu kata.
“Kenapa ayah diam?” aku menghampiri ayah.
Setelah berulang kali di tanya perkara yang sama, lalu ayah membuka mulut...
 “Ayah dah kahwin lain.
“Apa???” Tergamam aku, lalu aku terduduk. Aku tidak dapat menahan sebak. Menitis air mataku di muka bumi...
“Kenapa ayah tak pernah bagi tahu kami?”
Ayah hanya membisu...
“Ayah kau tu suka tengok mak susah, menderita macam ni...dia dah kahwin dengan perempuan tu sejak adik kau sekolah menengah lagi.” Tiba-tiba emak bersuara.
“Ayah kahwin dengan perempuan tu ker? Kenapa ayah tak pernah berterus-terang?”
Walaupun di tanya berulang kali, ayah tetap membisu dan menundukkan kepalanya...
Aku tidak mampu berbuat apa-apa...hanya tangisanku dapat menenangkan hati yang separuh mati bersama penderitaan mak...
Air mataku terus berlinangan dan membasahi bumi, dan aku terus tersedar dari lenaku...
Alhamdulillah, hanya mimpi...aku tak mahu mimpi menjadi realiti, kerana aku tahu bertapa sakit dan deritanya mak jika perkara ini berlaku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...