Jejaknya kakiku
di pintu terdengar suara orang menangis...
Aku mencari puncanya...
Terlihat, satu
tubuh di sofa...permulaannya, aku takut menegur...perlahan-lahan aku duduk di
sebelahnya, lantas memberanikan diri bertanya...
“Mak, kenapa ni?”
“Kau tanyalah
ayah kau.” Air mata berlinanggan sejurus
menjawab pertanyaanku...
Tersedu-sedu
menahan kesedihan dan penderitaan yang tidak pernah jemu datang...
“Kenapa ni, ayah?
Kenapa mak menangis?” Aku terus bertanya pada satu tubuh yang kaku berdiri di
suatu sudut yang lain.
Ayah hanya
membisu seribu kata.
“Kenapa ayah
diam?” aku menghampiri ayah.
Setelah berulang
kali di tanya perkara yang sama, lalu ayah membuka mulut...
“Ayah dah kahwin lain.”
“Apa???” Tergamam
aku, lalu aku terduduk. Aku tidak dapat menahan sebak. Menitis air mataku di muka
bumi...
“Kenapa ayah tak
pernah bagi tahu kami?”
Ayah hanya
membisu...
“Ayah kau tu suka
tengok mak susah, menderita macam ni...dia dah kahwin dengan perempuan tu sejak
adik kau sekolah menengah lagi.” Tiba-tiba emak bersuara.
“Ayah kahwin
dengan perempuan tu ker? Kenapa ayah tak pernah berterus-terang?”
Walaupun di tanya
berulang kali, ayah tetap membisu dan menundukkan kepalanya...
Aku tidak mampu
berbuat apa-apa...hanya tangisanku dapat menenangkan hati yang separuh mati
bersama penderitaan mak...
Air mataku terus
berlinangan dan membasahi bumi, dan aku terus tersedar dari lenaku...
Alhamdulillah,
hanya mimpi...aku tak mahu mimpi menjadi realiti, kerana aku tahu bertapa sakit
dan deritanya mak jika perkara ini berlaku...
No comments:
Post a Comment